Kampung Alor Madi merupakan sebuah kampung yang
terletak di mukim Anak Bukit, dalam bandar Alor Setar, merupakan salah satu
kampung yang terdapat dalam negeri Kedah Darul Aman. Kampung Alor Madi berada
di antara dua buah perkampungan iaitu Kampung Alor Ganu dan Kampung Seberang
Titi Keretapi atau dikenali juga dengan nama Kampung Seberang Anak Bukit.
Negeri Kedah pula berada di utara di Malaysia, dan
yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan
dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di
bahagian utara.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal
sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai
pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi tahun 2017. Salah
satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.